Rabu, 9 Mei 2012
Hayatilah kata-kata ini.
"Sebaik-baik pemuda di kalangan kamu adalah mereka yang menyerupai
(tasyabbaha) orang tua dan seburuk-buruk orang tua adalah mereka yang
menyerupai orang muda".
Mereka Mungkin Ahli Syurga
Pernahkah anda melihat kehebatan yang dimiliki oleh pekerja-pekerja rendah am seperti mereka?
1-Mereka bekerja mencari rezeki yang halal demi menampung kehidupan ahli keluarga mereka. Ini adalah satu ibadah yang sangat mulia.
2-Mereka bertungkus lumus menjaga kebersihan alam sekitar dan tanpanya sukar untuk dibayangkan bagaimana kita berhadapan dengan permasalahan sampah dan bau busuk yang begitu menguja setiap kita.
3-Mereka mampu merendahkan diri untuk bekerja di sektor seumpama ini untuk menyara keluarga dan memanfaatkan masyarakat menghayati kebersihan yang merupakan sebahagian daripada Islam.
Beberapa soalan :
Pernahkah anda menyapa mereka ?Pernahkah anda menggembirakan mereka?Pernahkah anda memberi salam atau mengangkat tangan kepada mereka ?Pernahkah anda menghadiahkan sesuatu bersempena hari perayaan seumpama hari raya dan sebagainya kepada mereka ?Adakah anda sentiasa memudahkan kerja-kerja mereka dengan menyediakan sampah untuk diuruskan dengan baik dan sebersih mungkin?
Walau pun anda mungkin menganggap ini adalah isu kecil tetapi hidup anda pasti sukar tanpa mereka.
Mereka mungkin dipandang rendah oleh orang ramai tetapi jangan lupa bahawa kehebatan mereka memungkinkan mereka mendahului kita sebagai calon ahli syurga.....!
- Artikel iluvislam.com
Isnin, 7 Mei 2012
Jumaat, 4 Mei 2012
iNGiN
Aku ingin menjadi hamba yang taat akan perintahNya
Aku ingin menjadi umat Muhammad yang setia
Aku ingin menjadi muslimah yang bijaksana
Kekurangan yang ada ingin ku tampal sebaiknya
Kelemahan yang ada ingin ku gantikan dengan kekuatan jiwa
Kekusutan fikiranku ingin kuhapuskan dengan berlapang dada
Kejahilanku inginku semai dengan takwa
Tangan yang pendek akanku panjangkan setiap masa
Hitamnya hati inginku cuci dengan iman yang nyata
Sesungguhnya aku hamba yang banyak membuat dosa
Akan ku tebus semua sampai tiada yang tersisa
Akan ku penuhkan ilmu di dada
Ibadahku, amalku, hidup dan matiku hanya untukNya
Langgan:
Catatan (Atom)