Jumaat, 17 Februari 2012
As a teacher
Ramai yang menganggap saya menjadi seorang GURU hanya kerana tiada lagi pekerjaan yang menjamin masa depan (drpd menganggur la). Jujurnya, memang tidak pernah terniat dalam hati ini menjadi guru..semasa bekerja dalam sektor swasta dulu pun, saya gembira dengan kerja saya. Dengan pengalaman bekerja swasta itulah, membentuk diri saya sekarang. Laluan saya ke dalam bidang perguruan mudah sekali.. Harapan sy kepadaNya agar mengurniakan saya suatu pekerjaan yang dapat menambahkan amal saya yang memang sedia ada 'ciput' ini. Terima kasih kepadaNya kerana makbulkan doa hambaNya yg kerdil ini. Guru bukan hanya suatu pekerjaan, tapi tanggungjawab yang besar untuk mendidik umat di muka bumi ini.. Saya akui saya seorang insan yang lemah daripada pelbagai segi.. Namun begitu, ada pelbagai hikmah disebalik setiap kejadian. Saya berharap tiada seorang pun anak bangsa saya membenci guru mereka sendiri.. guru itu ibarat ibu bapa di sekolah. Sememangnya guru juga insan biasa. Maafkan mereka sekiranya mereka tersilap atau berkasar dengan anda.Terima mereka seadanya. Sepertimana guru anda menerima diri anda sendiri.InsyaAllah perjalanan hidup anda diberkati olehNya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan