Rabu, 9 Mei 2012

Hayatilah kata-kata ini.

"Sebaik-baik pemuda di kalangan kamu adalah mereka yang menyerupai (tasyabbaha) orang tua dan seburuk-buruk orang tua adalah mereka yang menyerupai orang muda".

-Badi'uzzaman Sa'id al-Nurs-

Mereka Mungkin Ahli Syurga


Pernahkah anda melihat kehebatan yang dimiliki oleh pekerja-pekerja rendah am seperti mereka?
1-Mereka bekerja mencari rezeki yang halal demi menampung kehidupan ahli keluarga mereka. Ini adalah satu ibadah yang sangat mulia.
2-Mereka bertungkus lumus menjaga kebersihan alam sekitar dan tanpanya sukar untuk dibayangkan bagaimana kita berhadapan dengan permasalahan sampah dan bau busuk yang begitu menguja setiap kita.
3-Mereka mampu merendahkan diri untuk bekerja di sektor seumpama ini untuk menyara keluarga dan memanfaatkan masyarakat menghayati kebersihan yang merupakan sebahagian daripada Islam.
Beberapa soalan :
Pernahkah anda menyapa mereka ?Pernahkah anda menggembirakan mereka?Pernahkah anda memberi salam atau mengangkat tangan kepada mereka ?Pernahkah anda menghadiahkan sesuatu bersempena hari perayaan seumpama hari raya dan sebagainya kepada mereka ?Adakah anda sentiasa memudahkan kerja-kerja mereka dengan menyediakan sampah untuk diuruskan dengan baik dan sebersih mungkin?
Walau pun anda mungkin menganggap ini adalah isu kecil tetapi hidup anda pasti sukar tanpa mereka.

Ada seorang di kalangan mereka yang sempat saya kenali dengan lebih rapat. Dia bekerja sebagai buruh pengutip sampah di siang hari dan kemudiannya bekerja sebagai 'jaga' atau 'security guard' di sebelah malam bagi menampung pendapatannya yang rendah. Beliau terpaksa menyara 6 orang anaknya yang bersekolah dan yang sedang membesar. Namun beliau tidak pernah kelihatan mengeluh dan kelihatan sentiasa menjaga solatnya. Lebih mengkagumkan lagi apabila beliau turut membayar zakat di Pusat Zakat Negeri walau pun pernah diberitahu bahawa kadar pendapatannya yang rendah menyebabkan beliau dimasukkan di dalam kategori 'tidak wajib' untuk membayar zakat.
Mereka mungkin dipandang rendah oleh orang ramai tetapi jangan lupa bahawa kehebatan mereka memungkinkan mereka mendahului kita sebagai calon ahli syurga.....!
- Artikel iluvislam.com
Tegarkah aku melihat insan yang kusayang disakiti
Mampukah aku mendengar tangisan mereka semua
Tabahkah aku mengharungi dugaan ini
Ya Allah ku mohon pertolonganMu
Jadikan hatiku tabah dan sesabar mungkin..

Isnin, 7 Mei 2012

Ibu

Ibu...  maafkan anakmu ini kerana tidak dapat berada di sisimu sama-sama berkongsi kesedihanmu..

Jumaat, 4 Mei 2012

iNGiN


Aku ingin menjadi hamba yang taat akan perintahNya
Aku ingin menjadi umat Muhammad yang setia
Aku ingin menjadi muslimah yang bijaksana

Kekurangan yang ada ingin ku tampal sebaiknya
Kelemahan yang ada ingin ku gantikan dengan kekuatan jiwa
Kekusutan fikiranku ingin kuhapuskan dengan berlapang dada

Kejahilanku inginku semai dengan takwa
Tangan yang pendek akanku panjangkan setiap masa
Hitamnya hati inginku cuci dengan iman yang nyata

Sesungguhnya aku hamba yang banyak membuat dosa
Akan ku tebus semua sampai tiada yang tersisa
Akan ku penuhkan ilmu di dada
Ibadahku, amalku, hidup dan matiku hanya untukNya