Sabtu, 13 Oktober 2012

Adam Dan Hawa

Lalalala... bestnya drama ni. Teringat zaman u dulu pernah jugak baca novel ni. Habis khatam dalam masa 3 jam je sebab tak sabar nak tau endingnya. Tak sangka da glamer upernya novel ni.. Pelakon drama A&H ni pon terdiri daripada plakon-plakon yang hot-hot... Minat Aaron Aziz.... minat lakonan jer... Kat luar xde la perkara yang boleh dijadikan idola. Hik hik...jangan marah kipas susah mati AA yer..heroinnya pon ok gak.. lagi bagus kalau fully bertudung. tengok heroinnya macam tiz zaqyah la pulak. Enjoy this drama very much.. wink wink..




Jumaat, 12 Oktober 2012

Chomell

Setiap orang ader pantangnya. Salah satu pantang aku ialah aku tak boleh tengok benda yang chomell yang boleh digunakan untuk hias kelasku dan murid-muridku sekali.. Dalam sebulan, habislah jugak dekat seratus inggit aku beli barang-barang chomell ini... huhu

Sekadar contoh ajer. Malas nak amik gambar kat kelas.


MYVI ezi

just example


Dua minggu lepas, dayah a.k.a adik keduaku sudah mula bekerja selepas menghabiskan pengajian ijazahnya. Memandangkan tempat kerja beliau jauh daripada mana-mana kemudahan kenderaan awam, beliau pun mengadu la (sambil menangeh-nangeh =S). Kesian la pulak. Nak bawak kancil 660cc manual, rasanya xlarat nak mengharungi suasana sibuk KL. So sabtu lepas, beliau datang la ke sini dengan harapan mencari kereta secondhand auto. Nak dijadikan cerita, masa nak menengok2 kereta secondhand tu, hujan turun dengan lebatnya. Xde payung yang nak digunakan. Masa pun da suntuk sebab tak lama lagi kedai da nak tutup. So, kami pun singgah la kat perodua. Saja-saja nak cuci mata. Datanglah salesman mempromote produk beliau. Sebagai customer perempuan memang agak susah untuk menolak dugaan barang-barang canteq ni. Lalu, dengan automaticnya setuju nak beli kereta and kitaorg sign agreement bank time tu jugak. Keje kami jadi mudah memandangkan adik ade softcopy offer letter kejenya manakala aku sebagai penjamin dapat download slip gaji secara online. Agaknya da jodoh adik aku dengan kereta ni. Esoknya adik aku bawa lari kereta personaku ke KL buat sementara waktu. So, terpaksalah aku menumpang housemateku pegi ke sekolah. Nasib baik la sekolah kitaorang sebelah menyebelah je. Emm, ade juga kawan-kawan yang marah aku pi beli kete tanpa gunakan orang tengah. Rugi katanya sebab separuh komisen tu boleh bagi kat orang tengah yang kita bawa tu. Tapi xpela. Da rezeki salesman and pekerja bank tu. Aku ikhlas je bagi asalkan janji ditepati. Memang janjinya betul-betul ditepati. Within a week, harini aku da dapat keretanya. Walaupun beli kereta di johor, namun no. plate terengganu tetap dihati. TBH XXX7 . Adik aku pun da bagi aku pakai keretanya selame mane aku nak. Kadang-kadang, best jugak bawak kereta compact ni. Tambah-tambah pulak, ada aksesori baru. Seronok la dapat cuba tu cuba ni. Minggu depan ada kursus kssr tahun 3. Yeay, boleh round-round ngan kereta baru.

Rabu, 3 Oktober 2012

Kemaafan


Saya maafkan awak dan saya harap awak pun maafkan segala silap dan salah saya.




Baling Tin

Bila fikirkan waktu P&P PJ, saya pening memikirkan aktiviti apa yang ingin dijalankan untuk anak-anak murid comel saya supaya mereka rasa seronok. Lalu saya terfikir akan permainan yang saya selalu main semasa kecil dulu. 'Baling Tin dengan Selipar'.. bestnya..

Sehari sebelumnya saya sudah berpesan kepada kanak-kanak riang ni untuk bawa beberapa buah tin susu yang tidak digunakan. Apalagi.. esoknya seorang bawa lebih daripada 5 buah tin susu. Lebih dari apa yang diperlukan. Tin sardin ada, tin minuman pun ada.. semangatnya mereka bila bab bermain ni. Jauh berbeza bila masuk subjek lain. Tidak bawa buku la, tidak siapkan latihan la dan macam-macam lagi kerenah mereka. Sampai tidak kuasa cikgu-cikgu ni nak layan.

Bercerita pula pasal permainan tradisional ni, mostly kanak-kanak riang ni tidak pernah bermain permainan ni walaupun mereka adalah kanak-kanak kampung. Kepada sesiapa yang tengah mencari tajuk hot untuk kajian tindakan mereka, bolehlah buat kajian pasal kepupusan permainan tradisional ni.

Nak dijadikan cerita, agak susah juga untuk mengajar kanak-kanak riang ni tentang cara-cara bermain permainan ni. Sehingga tiba di suatu ketika, seorang murid telah berjaya mendapat selipar tersebut dan berlari mengejar rakannya dengan selipar tu. Dia seolah-olah berada di dunianya sendiri. Lariannya memakan masa hampir 5 minit. Saya sendiri penat mengejarnya dan mengarahkannya supaya berhenti. Rakan yang dikejarnya juga hampir keputusan nafas.... Layan aje laa...

Selasa, 2 Oktober 2012

Sabar ye..


Sabar... sememangnya diri ini bukan seorang yang penyabar... Apabila kerap diuji kesabaran ini, terasa nak meletop camtu je.. Tetapi akal menghalang diri dari berbuat demikian. Setiap orang punya kekuatan dan kelemahan. Sebagai seorang insan, kita kena akur yang kedua-dua elemen tersebut terdapat dalam diri kita. Nobody perfect. Benarlah perumpamaan yang mengatakan jika satu jari menuding orang lain, empat jari lagi menuding ke arah kita. Susah ke jadi seorang yang pemaaf? Anggap apa yang terjadi punya hikmah di sebaliknya. Kepada sahabat saya, semoga anda dapat terus bersabar kerana tidak ada kerugian bagi orang yang bersabar. 

Note : Jangan la bermasam muka 24 jam di depan saya dan kawan-kawan. Saya bimbang saya akan membalas masam epal anda dengan masam cuka pula. Saya hanyalah insan biasa (peringatan untuk diri sendiri juga)




Khamis, 20 September 2012

Kritik... Perlu atau tidak..

Sesetengah orang mengatakan kritik itu serupa maknanya dengan menghentam seseorang. But not for me. Saya mengkritik bukan untuk menghentam just cubaan menasihat dalam keadaan yang lebih tegas lagi. Matlamat tidak menghalalkan cara. Itu adalah sesuatu yang saya pegang dalam diri saya dari dulu lagi. Tidak kiralah dalam apa-apa situasi sekalipun. Sememangnya tiada sesiapa yang suka dirinya dikritik. Namun, siapalah kita untuk menilai tujuan sebenar si pengkritik. Allah SWT sahaja yang mengetahui tiap-tiap perkara yang tersembunyi dalam hati kita, Kepada sahabat saya, saya meminta maaf sekiranya kritikan saya menyakiti hati saudara. Apa yang perlu ditegur memang patut ditegur. Selagi ia melibatkan maruah dan rasa hormat masyarakat terhadap institusi perguruan. Siapa lah hamba untuk menghalang jodoh dan pertemuan. Namun, fikirkanlah sedalam-dalamnya. Sebelum ia merebak menjadi barah yang susah untuk diubati. Baiklah hamba sebagai sahabat tuan hamba mengkritik tindakan tuan hamba terlebih dahulu. After this, ikut suka tuan hamba la nak buat macam mana. Sudah lepas tanggungjawab hamba untuk mengingatkan tuan hamba.

-zarra-


Kritikan... Tiada siapa yang menyukai apabila dirinya dikritik oleh orang lain tatkala melakukan sesuatu yang tidak disenangi oleh orang yang mengkritik itu. Namun sebagai manusia, kita tidak akan dapat lari daripada mendengar kritikan-kritikan orang lain terhadap diri kita, samada kita suka ataupun tidak dengan kritikan tersebut. Kita mesti menghadapinya dengan pasrah dan mengharapkan agar kata-kata kritikan tersebut adalah tidak benar.
Namun pernahkah kita terfikir bahawa kritikan-kritikan tersebut sebenarnya boleh membawa kepada perkara-perkara positif terhadap diri kita sendiri? Bagi mereka yang menganggap kritikan itu sebagai suatu wasilah pengislahan atau agent perubah untuk ke arah yang lebih baik lagi, pastinya akan memberi kebaikan kepada dirinya sendiri sebagai timbal balas atas apa yang mereka fikirkan. Bak kata pepatah "Siapa diri kita bergantung pada apa yang kita fikirkan. Demikian jugalah bagi mereka yang melihat kritikan itu sebagai negatif, akan mudah berputus asa dan akhirnya terperangkap dengan kritikan tersebut lalu melakukan sesuatu yang merugikan diri sendiri.
Menerima kritikan yang membina pastinya tidak ada masalah kerana kritikan yang membina biasanya diterima dengan baik. Namun kita pasti akan merasa sesuatu apabila kritikan yang menjatuhkan dilemparkan ke atas diri kita. Kritikan-kritikan seperti bentuk rupa paras, kebolehan , prestasi peperikasaan dan sebagainya sering kali diperbesarkan oleh diri kita sendiri apabila ada yang mengkritik kita.
Ramai yang menganggap kritikan adalah sebagai suatu masalah besar yang perlu disembunyikan dan akhirnya akan merana seorang diri dengan masalah tersebut. Namun sedarkah kita, masih ramai manusia yang mepunyai masalah yang jauh lebih besar dari kita? Maka sewajarnya kita mempersiapkan diri dari segi mental khususnya agar apabila menghadapi kritikan-kritikan yang menjatuhkan seperti ini, kita dapat berfikir secara positif dan proaktif.
 Tindakan yang wajar kita terima apabila diri kita dikritik adalah sabar dan tenang akan kritikan-kritikan tersebut. Memang nampak agak sukar apabila kita dituntut untuk bersabar apabila ada sahaja individu-individu lain yang mengkritik kita. Apabila dikritik, mungkin sahaja kita merasakan maruah kita telah dimalukan, namun lupakah kita bahawa ada ramai lagi manusia lain yang menghadapi dugaan dan cabaran yang jauh lebih hebat dari kita.Rasulullah SAW pun masih boleh bersabar tatkala penduduk Mekah memaki hamun baginda. Dugaan yang ditempuh oleh baginda jauh lebih besar dari kita namun dilalui dengan penuh sabar dan tenang tanpa ada perasaan mahu membalas dendam oleh baginda SAW.
Tetapi malangnya kita pada hari ini pula melakukan perkara yang bertentangan dengan baginda tatkala diri dikritik. Kritikan yang sedikit sahaja sudah cukup membuatkan kita melenting dan marah dengan tanpa terus berfikir panjang.
Seharusnya kita menjadikan kritikan yang negatif itu sebagai pembakar semangat. Ya... ramai di antara kita yang melihat kritikan sebagai sesuatu yang melemahkan semangat. Lumrah apabila kita dikritik pasti akan merasakan bahawa kritikan tersebut adalah benar lantaran kelemahan diri kita , tetapi ubahlah persepsi kita mengenai kritikan-kritikan itu sebagai suatu panduan bagi kita dalam menempuh masa-masa akan datang untuk tidak mengulangi kesilapan yang lalu. Jadikanlah kritikan-kritikan yang kita terima itu sebagai pendorong kepada kita untuk menepis cabaran-cabaran pada masa hadapan dengan lebih berkeyakinan untuk tidak terjatuh ke dalam perangkap kegagalan yang lalu.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;-
"Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali"
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kita juga sebenarnya perlu bersyukur jika masih ada yang mahu mengkritik diri kita , tidak kira samada kritikan itu dibuat dengan ikhlas atau sebaliknya, kita perlu melihatnya sebagai suatu tanda kasih nya mereka kepada kita dan sewajarnya berterima kasih kepada mereka kerana masih mahu memberi kritikan kepada kita. Bayangkan sahaja jika kita menempuh dunia ini tanpa nasihat dan kritikan kriktikan yang membina walau kadangkala ianya menyakitkan, sudah tentu kita akan jauh jauh tersesat dalam dunia penuh kenikmatan ini. Ingatlah bahawa tidak ada manusia di dunia ini yang boleh hidup dengan merasakan dirinya sempurna dan tidak perlu dikritik lagi.
Walaubagaimanapun cara kita menerima kritikan itulah yang jauh lebih penting. Ramai yang apabila dikritik akan melakukan sesuatu yang akan merosakkan diri mereka sendiri kerana tidak dapat menerima kekurangan yang ada pada diri mereka. Ada yang akan menangis dan tidak kurang juga yang akan membunuh diri sendiri jika kritikan yang diterimanya dirasakan terlampau berat. Ingat lah bahawa semua orang di dunia ini mempunyai masalah tetapi cara dan bagaimana masalah itu diselesaikanlah yang membezakan seseorang individu itu dari individu yang lain.
Jelas bahawa kritikan itu sebenarnya penting dalam memandu kita ke arah kebaikan dan kebahagian hidup di dunia ini. Apa yang penting adalah kita menerima setiap kritikan itu dengan hati yang terbuka dan tenang. Fikirkan sahaja bahawa setiap kritikan itu sebenarnya adalah panduan yang penting untuk kita berjaya di masa hadapan.
Teringat akan kata-kata aktivis muslim Amerika, Malcolm X yang berbunyi "If you have no critics, you'll likely have no success", benar sungguh kata pepatah ini... Apalah manisnya hidup ini tanpa sedikit masin dan pahit untuk diselang-selikan dalam melayari bahtera kehidupan di alam dunia ini.
Wallahu Ta'ala A'lam
- Artikel iluvislam.com

Jumaat, 14 September 2012

Hidup Mesti Diteruskan..

Salam..

Da lame aku tak berblogging nih.. Jari ini terasa janggal untuk menaip..
Alhamdulillah sudah selesai UPSR yg agak mengerikan buat anak2 muridku. Walaupun aku tidak mengajar mereka, namun bahangnya tetap terasa memandangkan sy yang menguruskan semuanya. Di sini, aku dapat membuat beberapa pemerhatian tentang nasib anak melayu pada masa akan datang. UPSR ini sebenarnya bukan sahaja mengukur pencapaian murid itu, namun mencerminkan keprihatinan ibu bapa terhadap masa depan anak-anak mereka. Melayu itu akan layu jika ibu bapa menyerahkan anak mereka bulat-bulat kepada sekolah. Tanpa sebarang suntikan ajaib daripada ibu bapa itu sendiri, bagaimana anak-anak akan mencipta sejarah diri mereka. Aku tidak mahu melihat anak-anak ini hanyut dibuai arus kemodenan yang penuh dengan nanah-nanah hitam yang akhirnya merosakkan bangsa melayu itu sendiri.


Hidup ini perlu diteruskan.. Kita menjadikan sejarah lalu sebagai guru kita. Dengan harapan kita tidak mahu mengulanginya lagi. Bukan kita angkuh, namun kita perlu berjaga-jaga. Hati manusia memang sangat sukar untuk ditafsirkan. Kadang-kadang, mulut mengeluarkan kata-kata terlebih dahulu, baru akal memproseskan kata-kata itu. Akhirnya ada insan yang hatinya terluka. FB bukan tempat untuk insan seperti aku. Kerana aku bukan seorang yang suka meluahkan sesuatu dengan kata-kata. Bukan sombong atau perasan bagus, namun aku banyak memikirkan baik dan buruknya kata-kataku. Agak susah untuk aku meng'update' status kerana setiap kali aku menaip, pasti akan ku padam semula. Aku bukan buta IT, aku hanya aku.


Kisah yang lain.. JODOH..  persoalan yang agak sinonim dengan aku. Raya kali ini, acapkali persoalan ini diajukan oleh saudara mara. Namun aku langsung tidak melatah. Kerana aku ada tuhanku,  yang akan membimbingku ke arah jodoh yang tepat untuk diriku. Aku tidak perlukan lelaki yang hanya mementingkan diri sendiri. Yang memaksa aku membelakangkan keluargaku. Apapun, hidup ini perlu diteruskan. Cinta Ilahi akan tetap kukejar sampai mati..

Rabu, 9 Mei 2012

Hayatilah kata-kata ini.

"Sebaik-baik pemuda di kalangan kamu adalah mereka yang menyerupai (tasyabbaha) orang tua dan seburuk-buruk orang tua adalah mereka yang menyerupai orang muda".

-Badi'uzzaman Sa'id al-Nurs-

Mereka Mungkin Ahli Syurga


Pernahkah anda melihat kehebatan yang dimiliki oleh pekerja-pekerja rendah am seperti mereka?
1-Mereka bekerja mencari rezeki yang halal demi menampung kehidupan ahli keluarga mereka. Ini adalah satu ibadah yang sangat mulia.
2-Mereka bertungkus lumus menjaga kebersihan alam sekitar dan tanpanya sukar untuk dibayangkan bagaimana kita berhadapan dengan permasalahan sampah dan bau busuk yang begitu menguja setiap kita.
3-Mereka mampu merendahkan diri untuk bekerja di sektor seumpama ini untuk menyara keluarga dan memanfaatkan masyarakat menghayati kebersihan yang merupakan sebahagian daripada Islam.
Beberapa soalan :
Pernahkah anda menyapa mereka ?Pernahkah anda menggembirakan mereka?Pernahkah anda memberi salam atau mengangkat tangan kepada mereka ?Pernahkah anda menghadiahkan sesuatu bersempena hari perayaan seumpama hari raya dan sebagainya kepada mereka ?Adakah anda sentiasa memudahkan kerja-kerja mereka dengan menyediakan sampah untuk diuruskan dengan baik dan sebersih mungkin?
Walau pun anda mungkin menganggap ini adalah isu kecil tetapi hidup anda pasti sukar tanpa mereka.

Ada seorang di kalangan mereka yang sempat saya kenali dengan lebih rapat. Dia bekerja sebagai buruh pengutip sampah di siang hari dan kemudiannya bekerja sebagai 'jaga' atau 'security guard' di sebelah malam bagi menampung pendapatannya yang rendah. Beliau terpaksa menyara 6 orang anaknya yang bersekolah dan yang sedang membesar. Namun beliau tidak pernah kelihatan mengeluh dan kelihatan sentiasa menjaga solatnya. Lebih mengkagumkan lagi apabila beliau turut membayar zakat di Pusat Zakat Negeri walau pun pernah diberitahu bahawa kadar pendapatannya yang rendah menyebabkan beliau dimasukkan di dalam kategori 'tidak wajib' untuk membayar zakat.
Mereka mungkin dipandang rendah oleh orang ramai tetapi jangan lupa bahawa kehebatan mereka memungkinkan mereka mendahului kita sebagai calon ahli syurga.....!
- Artikel iluvislam.com
Tegarkah aku melihat insan yang kusayang disakiti
Mampukah aku mendengar tangisan mereka semua
Tabahkah aku mengharungi dugaan ini
Ya Allah ku mohon pertolonganMu
Jadikan hatiku tabah dan sesabar mungkin..

Isnin, 7 Mei 2012

Ibu

Ibu...  maafkan anakmu ini kerana tidak dapat berada di sisimu sama-sama berkongsi kesedihanmu..

Jumaat, 4 Mei 2012

iNGiN


Aku ingin menjadi hamba yang taat akan perintahNya
Aku ingin menjadi umat Muhammad yang setia
Aku ingin menjadi muslimah yang bijaksana

Kekurangan yang ada ingin ku tampal sebaiknya
Kelemahan yang ada ingin ku gantikan dengan kekuatan jiwa
Kekusutan fikiranku ingin kuhapuskan dengan berlapang dada

Kejahilanku inginku semai dengan takwa
Tangan yang pendek akanku panjangkan setiap masa
Hitamnya hati inginku cuci dengan iman yang nyata

Sesungguhnya aku hamba yang banyak membuat dosa
Akan ku tebus semua sampai tiada yang tersisa
Akan ku penuhkan ilmu di dada
Ibadahku, amalku, hidup dan matiku hanya untukNya

Selasa, 17 April 2012

Laksam Terengganu


Dalam kesibukan menyiapkan data SEGAK yang memeningkan kepala ni, sempat lagi memasak laksam ni.

 
A LAKSAM

Bahan-bahan:
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4 cawan air suam

Cara-cara masak A :
1.  Blend semua bahan di atas.
2. Sapukan sedikit minyak pada tudung periuk.
3. Tuangkan campuran tepung tadi ke atas tudung periuk dan kukus selama 3-4 minit.
4. Angkat tudung periuk dan gulung laksam yang telah masak.
5.  Potong laksam yang digulung tadi.

B KUAH

Bahan-bahan:
1/2 kg ikan selayang (direbus bersama asam gelugur dan diambil isi lalu ditumbuk)
1/2 kg santan pekat
1 inci halia
6 ulas bawang merah
sedikit lada hitam
garam, gula dan perasa

Cara-cara masak B :
1. Blend halia, bawang merah dan lada hitam.
2. Masukkan santan, isi ikan, air dan bahan yang dikisar ke dalam periuk.
3. Masukkan garam, gula dan perasa.
4. Kacau sehingga masak.

C ULAM-ULAMAN (dipotong halus-halus)

Antara ulam-ulaman yang boleh digunakan seperti timun, kubis, kacang panjang, daun kesum dll,

D Sambal Belacan

E Limau kasturi

Campurkan kesemua bahan A, B, C, D & E dan makan…… *(^-^)*

Isnin, 16 April 2012

Budak itu

Budak itu memang pelik... selalu dapat fikirkan idea-idea yang pelik-pelik.. Tutur bicaranya merungkaikan keterbukaan mindanya. Tingkah lakunya juga memeningkan diriku sebagai teachernya. Pernah dulu kucampakkan sebatang lollipop yang belum habis dimakan ke dalam tong sampah, dia mengambil lollipop itu lalu menjilat dan menghabiskannya. Pernah juga dia tercicir najisnya di dalam bilik darjah sampai membuatkan aku sendiri termuntah hijau. Hari ini dia juga mencipta sejarah yang pelik. Dia mencalitkan sebahagian daripada ubat gigi yang sepatutnya dia guna untuk memberus gigi pada seluar sekolahnya. Alasannya untuk mengurangkan rasa pedas semasa menggosok gigi. Dia la budak yang suka mengelat dengan pelbagai cara.

Sabtu, 14 April 2012

PTPTN

Aku merupakan salah seorang peminjam PTPTN.. Sekarang timbul isu politik yang mahu mansuhkan PTPTN dan bagi yuran pendidikan free. Entah ler.. No komen berkenaan isu tersebut.. Itu hak PTPTN.. Yang aku tahu, bila kita pinjam duit orang, kita kena bayar balik.. Cuma yang aku kurang gemar, PTPTN tidak menjelaskan tentang caj perkhidmatan RM 50 setiap bulan sebelum pelajar memohon PTPTN.

Selasa, 10 April 2012

D3nDa

Padang kecil yang selalu kugunakan sebagai tempat dendaan murid-muridku telah diblock untuk tujuan pembinaan bangunan prasekolah. Aku terpaksa fikirkan alternatif lain. So, aku arahkan murid yang mahu kudenda pergi berjumpa dengan mana-mana guru dan terima sebarang hukuman daripada mereka.

Aku kena fikirkan alternatif lain lagi.. Hahaha.. Da dapat idea.. jeng jeng jeng.. Siap sedia korang semua..

Antara contoh yang saya telah fikirkan..

Kesimpulannya, hafal la sifir... 1 x 2 = 2, 2 x 2 = 4, ........

Isnin, 9 April 2012

Lalalala....

'Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.' (Monolog Qani'ah Syumaila dalam novel Cinta High Class)

Jumaat, 6 April 2012

Aduhai Sayang

Belum sempat kedua-dua kakiku melangkah masuk ke dalam bilik guru untuk punch card, kedengaran namaku dipanggil oleh salah seorang murid Tahun 2. "Teacher, matematik hari ni satu masa je kan,"bicaranya kepadaku. Aku terkedu seketika... Aduhai sayang, waktu matematik lambat lagi.. selepas rehat.. Belum lagi mula kelas untuk hari ini..

Rabu, 4 April 2012

Lelaki itu...

Seperti kebiasaan aku dan rakan serumahku, setelah penat bershopping,kami akan singgah menjamu selera di sebuah restoran di tengah-tengah bandar. Sementara menunggu makanan yang dipesan sampai, ku lihat seorang lelaki yang pakaiannya agak lusuh dan jalannya agak terhencut-hencut menuju ke arah restoran ini. Samada lelaki itu OKU ataupun sebab-sebab yang lain aku tidak pasti. Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke restoran ini, pandangannya terarah kepada seorang pelanggan lelaki yang sedang enak menjamu selera. "Bang, nak makan bang", rayu lelaki itu kepada pelanggan tadi. Malangnya, rayuannya tidak diendah sedikit pun. Malah, dibalas pula dengan kata-kata yang kurang menyenangkan.

Pandanganku mula tertumpu kepada lelaki malang itu. Hatiku terusik dan mendesak aku menolong lelaki itu. Namun begitu, perasaan takut kepada lelaki itu masih lagi menyelubungiku. Aku hanya seorang perempuan. Perasaan bimbang tetap ada. Alhamdulillah, tiba-tiba muncul seorang hamba Allah yang sudi menghulurkan simpatinya kepada lelaki malang itu. Pelanggan yang sudah kekenyangan tadi masih lagi melemparkan kata-kata sinis. Di sudut hatiku, aku berdoa yang baik-baik untuk lelaki malang itu, Amin..

Realitinya, lelaki tadi sememangnya saudara seagama dengan kita. Tegarkah kita melihat saudara kita kelaparan. 

Kita sebagai manusia kena sedar, bahawa kita dijadikan oleh ALLAH SWT adalah sama dan yang membezakan kita hanyalah amal. Jangan pandang kelemahan orang, jangan banding-bandingkan siapa kita dan siapa mereka. ALLAH SWT tidak memandang putih hitam kulit manusia atau tinggi pendek seseorang itu melainkan hatinya.


Daripada Abu Hurairah r.a Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
"Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi ALLAH melihat kepada hati-hati kamu."
(Riwayat Muslim)


Hati manusia sememangnya lembut dan mudah tersentuh. Jangan sesekali menghina antara satu sama lain kerana kita sesama islam adalah bersaudara .


Daripada Abdullah bin Umar r.a,Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Seorang muslim adalah saudara kepada seorang muslim yang lain; ia tidak menzaliminya dan tidak menghinanya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Doakan yang baik-baik sahaja... Allah SWT Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu.
Siapakah kita untuk menilai orang lain sedangkan kita masih belum pasti apakah kita tergolong di kalangan ahli syurga. 


Selasa, 3 April 2012

Isnin, 2 April 2012

Terharunya..

"Okey murid-murid, esok teacher tak ade kat sekolah...buat latihan yang teacher bagi tu yer," pesanku kepada murid Tahun 2. Secara serentak keempat-empat muridku mengeluh dengan nada yang sedih, "tak best la teacher tak ade esok." Ohh, terharunya aku .. Sayang korang..

Jumaat, 23 Mac 2012

Cara Rasulullah S.A.W Menjaga Kesihatan Diri


Ku Berlari

Ku langkahkan kaki ini
Di hangat mentari pagi
Ku syukuri hari ini, aku masih berdiri


Dan aku tinggalkan masa kelabu
Dan lalu mulakan jalannya kerna Mu


Semangat optimis diri jalan hari dengan pasti
Selama jantung berdetak, selama itupun


Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti


Terjatuh bangkit aku kembali
Susah payah aku tak peduli
Kerna hidup hanya sekali


Dengarkanlah teman seloka hiburan
Tak perlulah kita asyik nak berlawan
Kita semua kawan tak boleh berlawan
Kalau kita renggang kita ketinggalan


Bebaskan dirimu dari dibelenggu
Teruskan langkahmu ayuh kita maju
Mari bersamaku nyanyi lagu ini
Jangan difikirkan resah yang di hati


Semua itu hanya dimindamu
Tak perlu kau sangsi tak perlu kau ragu
Segala-galanya pastikan berlalu
Mentari kan muncul mendung kan berlalu


Suka duka perkara biasa
Kita pasti lalu bezanya pada waktu
Bila berlari kenalah berstrategi
Jangan ikut hati, ikut hati nanti mati
Biarlah terlambat atur jalan cermat
Pelan-pelan kayuh jangan sampai otak penat
Sentiasa bawa diri hati-hati hari-hari beri erti pada diri
Jangan berhenti kejar mimpi senyuman diberi tanpa semua benci menghantui hati
Biarkan saja, takdir semua nyata
Bersyukurlah masih lagi bernyawa


Dan aku tinggalkan masa kelabu
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti


Takkan berhenti
Berlari wujudkan mimpi
Terus berlari
Agar hidup ini bererti


Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Berlari

Jodoh..

Tinggal satu jam lagi sebelum loceng berbunyi, saya didatangi oleh rakan sekerja yang bergelar Ustaz Z.. Ingatkan perkara apa yang penting sangat nak jumpa saya. Rupa-rupanya nak berkongsi "Doa Diberi Jodoh" yang digogglenya menerusi Samsung Galaxy Tab yang baru dibelinya.

Adusss...

Ustaz, bukan saya tak mahu ambil doa tersebut tapi saya segan...Sebagai seorang perempuan, malu la saya bila bercakap tentang kahwin apatah lagi dengan orang lelaki..Huhu..apa la Ustaz ni..

Kek Coklat Kukus

Kali pertama saya membuat kek coklat kukus ni ialah pada tahun 2007. Dan sekarang baru terdetik nak membuat kek ini buat kali kedua.. Alhamdulillah menjadi.. Ni la resepinya..

KEK COKLAT KUKUS

BAHAN-BAHAN:
1 cawan serbuk coklat 
1 cawan gula pasir
1 cawan marjerin cair
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 1/4 cawan tepung gandum 
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur (pukul)
 
CARA-CARANYA:
1. Campur serbuk coklat, gula pasir, susu dan marjerin.
2. Panaskan di atas api, sampai gula larut.
3. Angkat dan sejukkan.
4. Sementara itu campur tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat,  dan ayak.
5. Tuang susu manis ke dalam adunan yang disejukkan tadi, gaul rata.
6. Masukkan pula telur dan gaul rata lagi.
7. Masukkan seluruh campuran ke dalam tepung, aduk perlahan hingga sebati.
8. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama sejam.

Next project is PAU....yeay..