Rabu, 4 April 2012

Lelaki itu...

Seperti kebiasaan aku dan rakan serumahku, setelah penat bershopping,kami akan singgah menjamu selera di sebuah restoran di tengah-tengah bandar. Sementara menunggu makanan yang dipesan sampai, ku lihat seorang lelaki yang pakaiannya agak lusuh dan jalannya agak terhencut-hencut menuju ke arah restoran ini. Samada lelaki itu OKU ataupun sebab-sebab yang lain aku tidak pasti. Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke restoran ini, pandangannya terarah kepada seorang pelanggan lelaki yang sedang enak menjamu selera. "Bang, nak makan bang", rayu lelaki itu kepada pelanggan tadi. Malangnya, rayuannya tidak diendah sedikit pun. Malah, dibalas pula dengan kata-kata yang kurang menyenangkan.

Pandanganku mula tertumpu kepada lelaki malang itu. Hatiku terusik dan mendesak aku menolong lelaki itu. Namun begitu, perasaan takut kepada lelaki itu masih lagi menyelubungiku. Aku hanya seorang perempuan. Perasaan bimbang tetap ada. Alhamdulillah, tiba-tiba muncul seorang hamba Allah yang sudi menghulurkan simpatinya kepada lelaki malang itu. Pelanggan yang sudah kekenyangan tadi masih lagi melemparkan kata-kata sinis. Di sudut hatiku, aku berdoa yang baik-baik untuk lelaki malang itu, Amin..

Realitinya, lelaki tadi sememangnya saudara seagama dengan kita. Tegarkah kita melihat saudara kita kelaparan. 

Kita sebagai manusia kena sedar, bahawa kita dijadikan oleh ALLAH SWT adalah sama dan yang membezakan kita hanyalah amal. Jangan pandang kelemahan orang, jangan banding-bandingkan siapa kita dan siapa mereka. ALLAH SWT tidak memandang putih hitam kulit manusia atau tinggi pendek seseorang itu melainkan hatinya.


Daripada Abu Hurairah r.a Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
"Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi ALLAH melihat kepada hati-hati kamu."
(Riwayat Muslim)


Hati manusia sememangnya lembut dan mudah tersentuh. Jangan sesekali menghina antara satu sama lain kerana kita sesama islam adalah bersaudara .


Daripada Abdullah bin Umar r.a,Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Seorang muslim adalah saudara kepada seorang muslim yang lain; ia tidak menzaliminya dan tidak menghinanya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Doakan yang baik-baik sahaja... Allah SWT Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu.
Siapakah kita untuk menilai orang lain sedangkan kita masih belum pasti apakah kita tergolong di kalangan ahli syurga. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan