Jumaat, 23 Mac 2012

Cara Rasulullah S.A.W Menjaga Kesihatan Diri


Ku Berlari

Ku langkahkan kaki ini
Di hangat mentari pagi
Ku syukuri hari ini, aku masih berdiri


Dan aku tinggalkan masa kelabu
Dan lalu mulakan jalannya kerna Mu


Semangat optimis diri jalan hari dengan pasti
Selama jantung berdetak, selama itupun


Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti


Terjatuh bangkit aku kembali
Susah payah aku tak peduli
Kerna hidup hanya sekali


Dengarkanlah teman seloka hiburan
Tak perlulah kita asyik nak berlawan
Kita semua kawan tak boleh berlawan
Kalau kita renggang kita ketinggalan


Bebaskan dirimu dari dibelenggu
Teruskan langkahmu ayuh kita maju
Mari bersamaku nyanyi lagu ini
Jangan difikirkan resah yang di hati


Semua itu hanya dimindamu
Tak perlu kau sangsi tak perlu kau ragu
Segala-galanya pastikan berlalu
Mentari kan muncul mendung kan berlalu


Suka duka perkara biasa
Kita pasti lalu bezanya pada waktu
Bila berlari kenalah berstrategi
Jangan ikut hati, ikut hati nanti mati
Biarlah terlambat atur jalan cermat
Pelan-pelan kayuh jangan sampai otak penat
Sentiasa bawa diri hati-hati hari-hari beri erti pada diri
Jangan berhenti kejar mimpi senyuman diberi tanpa semua benci menghantui hati
Biarkan saja, takdir semua nyata
Bersyukurlah masih lagi bernyawa


Dan aku tinggalkan masa kelabu
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti


Takkan berhenti
Berlari wujudkan mimpi
Terus berlari
Agar hidup ini bererti


Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Berlari

Jodoh..

Tinggal satu jam lagi sebelum loceng berbunyi, saya didatangi oleh rakan sekerja yang bergelar Ustaz Z.. Ingatkan perkara apa yang penting sangat nak jumpa saya. Rupa-rupanya nak berkongsi "Doa Diberi Jodoh" yang digogglenya menerusi Samsung Galaxy Tab yang baru dibelinya.

Adusss...

Ustaz, bukan saya tak mahu ambil doa tersebut tapi saya segan...Sebagai seorang perempuan, malu la saya bila bercakap tentang kahwin apatah lagi dengan orang lelaki..Huhu..apa la Ustaz ni..

Kek Coklat Kukus

Kali pertama saya membuat kek coklat kukus ni ialah pada tahun 2007. Dan sekarang baru terdetik nak membuat kek ini buat kali kedua.. Alhamdulillah menjadi.. Ni la resepinya..

KEK COKLAT KUKUS

BAHAN-BAHAN:
1 cawan serbuk coklat 
1 cawan gula pasir
1 cawan marjerin cair
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 1/4 cawan tepung gandum 
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur (pukul)
 
CARA-CARANYA:
1. Campur serbuk coklat, gula pasir, susu dan marjerin.
2. Panaskan di atas api, sampai gula larut.
3. Angkat dan sejukkan.
4. Sementara itu campur tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat,  dan ayak.
5. Tuang susu manis ke dalam adunan yang disejukkan tadi, gaul rata.
6. Masukkan pula telur dan gaul rata lagi.
7. Masukkan seluruh campuran ke dalam tepung, aduk perlahan hingga sebati.
8. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama sejam.

Next project is PAU....yeay..

Selasa, 13 Mac 2012

Pasar Besar Kedai Payang

Sudah agak lama saya tidak berkunjung ke Pasar Payang di Kuala Terengganu. Seingat saya, saya selalu berkunjung ke sana semasa belajar di sekolah berasrama di sana. Pada masa tu, Pasar Payang tidaklah semeriah sekarang.

Saya berkesempatan berkunjung ke sana hanya untuk membelikan sampin songket yang dikirim oleh rakan saya. Dua kali pusing baru la dapat parking kereta. Itu pun jaraknya agak jauh dan memakan masa 5 minit berjalan kaki. 

Risau jugak la semasa memilih sampin songket ni memandangkan harga yang dikenakan oleh peniaga di sini agak keterlaluan. So, saya bercadang membeli sampin songket ni dengan peniaga yang mempunyai banyak stok songket. Mudah untuk memilih dan harganya munasabah. Dapat la beli dengan harga RM 240 dan kualitinya agak bagus. Saya sudah survey dengan peniaga yang lain, semuanya meletakkan harga dalam RM 500 ke atas. Memang agak melampau.. Nasib baik la ibu saya pandai dalam bab tawar menawar ni.. Dalam duk pusing-pusing pasar ni, saya ternampak periuk kukus 2 tingkat..Sesuai untuk orang bujang cam saya ni. Harganya dalam RM 22..Mak saya survey dengan peniaga lain dan akhirnya dapat la dalam RM 15. Ni la yang untungnya bila bawa orang lama bershopping... Banyak yang berkenan di hati ni, tapi perlu berhati-hati semasa membeli bimbang ditipu oleh peniaga-peniaga yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata...

Apapun, pengalaman bershopping di Pasar Payang ini amat menyeronokkan.

Jumaat, 9 Mac 2012

HIKMAH BACA YASIN

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu:
  • Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
  • Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
  • Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
  • Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
  • Jika terpenjara akan dibebaskan.
  • Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
  • Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
  • Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
  • Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
  • Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
  • Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.”
  • Sabda Rasulullah S.A.W lagi: “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.”
  • Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

Hepi Holiday

Cuti sekolah pertengahan penggal sudah bermula. Esok baru saya akan bertolak balik ke kampung nun xjauh di sana. Biasenya saya akan drive sorang-sorang tnpa berenti di mana2 perhentian coz n cepat sampai..hope pjalanan kali ni sampai ke destinasinya.

Nama pun cuti sekolah...so, banyak la kenduri kendara yang akan dihadiri secara sukarela ataupun dipaksa.. n bile jumpa insan2 yg dikenali, soalan pertama yg akan keluar dari mulut mereka pun sama bunyinya.. Nk je saya katakan "Saya dah berusaha tapi Allah S.W.T Maha Mengetahui Segalanya."

Cuti sekolah ni jugalah masa saya lepak with my sisters n my little brother. skang tinggal 3 org adik2 yg masih lg bersekolah. Yg pursue degree n diploma 2 org lg..but diorang  blum cuti lg skang ni.. Saya plan nk pegi picnic but di mane ya...mybe picnic at waterfall..nice to imagine..low budget but great experience..Bawa makanan dr rumah lg bagus..Yummy!!!




Khamis, 1 Mac 2012

Nasi Lemak Sambal Ikan Tongkol

2 hari lepas, saya mendapat resepi online iaitu Nasi Lemak Sambal Ikan Tongkol. Saya pun cubalah resepi ini dan ia menjadi...Seronoknya...(^-^)... Kat sini saya kongsi resepinya..


Nasi Lemak

Bahan untuk nasi:-
·  2 cawan beras
·  1 cawan santan n 1 cawan air( atau guna 1/2 cwn santan pekat n 1 1/2 cwn air)
·  1 helai daun pandan - disimpul
·  3 hirisan halia
·  secubit garam

Sambal ikan tongkol:- 

Bahan-bahan:
1 ekor ikan tongkol#
Asam keping#
secubit garam#
Bawang merah 18 ulas (kisar)
Bawang besar 3 ulas (kisar)
30-40 biji cili kering (rebus dan kisar)
1 mangkuk air asam jawa
Nisang / gula melaka
Garam dan perasa
3 ulas bawang besar - hiris halus

Cara-caranya:

1.Rebus bahan# bersama dengan sedikit air, dan ketepikan.
2.Panaskan minyak, kemudian tumis bawang merah dan bawang besar sehingga wangi dan agak garing.
3.Masukkan cili kering kisar dan tumis sehingga garing.
4.Masukkan 1 mangkuk air asam jawa.
5.Bila mendidih masukkan sedikit garam, perasa dan nisang / gula melaka.
6.Kalau pekat tambah dengan sedikit air.
7.Apabila mendidih, masukkan hirisan bawang besar tadi dan masukkan ikan tongkol yang telah direbus.

p/s terima kasih kepada penulis blog yang sudi kongsi resepi ni.
gambar hiasan

Alkisahnya...

Suatu pagi, saya masuk kelas Tahun 3. Ada 4 orang murid kesemuanya dan salah seorang daripada mereka ada 'spesel' sedikit dan beliau dilantik sebagai ketua kelas. Tahun ini, saya mengajar subjek BI untuk dorang. Tak terer pun BI ni tapi sesaje nak try. Sebaik sahaja kaki saya melangkah masuk, ketua kelas pun berkata "Stand up......thank you teacher...". Sayu hati saya masa tu. Habis sahaja mengajar dorang, ketua kelas bangun dan mengucapkan, "Stand up...good morning teacher."...Rasa nak menangis je masa tu. Namun begitu, saya tidak ambil kisah sangat kerana beliau seorang yang 'spesel'.


'spesel' - autisme minor

Guru Brutal


gambar hiasan


Di sekolah, saya dikenali sebagai seorang guru perempuan yang agak brutal. Dari segi pakaian dan tingkah laku. Hari ini tetiba pulak terpikir nak tukar style ayu. heheh. Agak-agaknya nak jadi guru yang macam ni kot..Azam baru untuk bulan ni..