Khamis, 1 Mac 2012

Alkisahnya...

Suatu pagi, saya masuk kelas Tahun 3. Ada 4 orang murid kesemuanya dan salah seorang daripada mereka ada 'spesel' sedikit dan beliau dilantik sebagai ketua kelas. Tahun ini, saya mengajar subjek BI untuk dorang. Tak terer pun BI ni tapi sesaje nak try. Sebaik sahaja kaki saya melangkah masuk, ketua kelas pun berkata "Stand up......thank you teacher...". Sayu hati saya masa tu. Habis sahaja mengajar dorang, ketua kelas bangun dan mengucapkan, "Stand up...good morning teacher."...Rasa nak menangis je masa tu. Namun begitu, saya tidak ambil kisah sangat kerana beliau seorang yang 'spesel'.


'spesel' - autisme minor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan