Khamis, 1 Mac 2012

Nasi Lemak Sambal Ikan Tongkol

2 hari lepas, saya mendapat resepi online iaitu Nasi Lemak Sambal Ikan Tongkol. Saya pun cubalah resepi ini dan ia menjadi...Seronoknya...(^-^)... Kat sini saya kongsi resepinya..


Nasi Lemak

Bahan untuk nasi:-
·  2 cawan beras
·  1 cawan santan n 1 cawan air( atau guna 1/2 cwn santan pekat n 1 1/2 cwn air)
·  1 helai daun pandan - disimpul
·  3 hirisan halia
·  secubit garam

Sambal ikan tongkol:- 

Bahan-bahan:
1 ekor ikan tongkol#
Asam keping#
secubit garam#
Bawang merah 18 ulas (kisar)
Bawang besar 3 ulas (kisar)
30-40 biji cili kering (rebus dan kisar)
1 mangkuk air asam jawa
Nisang / gula melaka
Garam dan perasa
3 ulas bawang besar - hiris halus

Cara-caranya:

1.Rebus bahan# bersama dengan sedikit air, dan ketepikan.
2.Panaskan minyak, kemudian tumis bawang merah dan bawang besar sehingga wangi dan agak garing.
3.Masukkan cili kering kisar dan tumis sehingga garing.
4.Masukkan 1 mangkuk air asam jawa.
5.Bila mendidih masukkan sedikit garam, perasa dan nisang / gula melaka.
6.Kalau pekat tambah dengan sedikit air.
7.Apabila mendidih, masukkan hirisan bawang besar tadi dan masukkan ikan tongkol yang telah direbus.

p/s terima kasih kepada penulis blog yang sudi kongsi resepi ni.
gambar hiasan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan