Selasa, 17 April 2012

Laksam Terengganu


Dalam kesibukan menyiapkan data SEGAK yang memeningkan kepala ni, sempat lagi memasak laksam ni.

 
A LAKSAM

Bahan-bahan:
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4 cawan air suam

Cara-cara masak A :
1.  Blend semua bahan di atas.
2. Sapukan sedikit minyak pada tudung periuk.
3. Tuangkan campuran tepung tadi ke atas tudung periuk dan kukus selama 3-4 minit.
4. Angkat tudung periuk dan gulung laksam yang telah masak.
5.  Potong laksam yang digulung tadi.

B KUAH

Bahan-bahan:
1/2 kg ikan selayang (direbus bersama asam gelugur dan diambil isi lalu ditumbuk)
1/2 kg santan pekat
1 inci halia
6 ulas bawang merah
sedikit lada hitam
garam, gula dan perasa

Cara-cara masak B :
1. Blend halia, bawang merah dan lada hitam.
2. Masukkan santan, isi ikan, air dan bahan yang dikisar ke dalam periuk.
3. Masukkan garam, gula dan perasa.
4. Kacau sehingga masak.

C ULAM-ULAMAN (dipotong halus-halus)

Antara ulam-ulaman yang boleh digunakan seperti timun, kubis, kacang panjang, daun kesum dll,

D Sambal Belacan

E Limau kasturi

Campurkan kesemua bahan A, B, C, D & E dan makan…… *(^-^)*

Isnin, 16 April 2012

Budak itu

Budak itu memang pelik... selalu dapat fikirkan idea-idea yang pelik-pelik.. Tutur bicaranya merungkaikan keterbukaan mindanya. Tingkah lakunya juga memeningkan diriku sebagai teachernya. Pernah dulu kucampakkan sebatang lollipop yang belum habis dimakan ke dalam tong sampah, dia mengambil lollipop itu lalu menjilat dan menghabiskannya. Pernah juga dia tercicir najisnya di dalam bilik darjah sampai membuatkan aku sendiri termuntah hijau. Hari ini dia juga mencipta sejarah yang pelik. Dia mencalitkan sebahagian daripada ubat gigi yang sepatutnya dia guna untuk memberus gigi pada seluar sekolahnya. Alasannya untuk mengurangkan rasa pedas semasa menggosok gigi. Dia la budak yang suka mengelat dengan pelbagai cara.

Sabtu, 14 April 2012

PTPTN

Aku merupakan salah seorang peminjam PTPTN.. Sekarang timbul isu politik yang mahu mansuhkan PTPTN dan bagi yuran pendidikan free. Entah ler.. No komen berkenaan isu tersebut.. Itu hak PTPTN.. Yang aku tahu, bila kita pinjam duit orang, kita kena bayar balik.. Cuma yang aku kurang gemar, PTPTN tidak menjelaskan tentang caj perkhidmatan RM 50 setiap bulan sebelum pelajar memohon PTPTN.

Selasa, 10 April 2012

D3nDa

Padang kecil yang selalu kugunakan sebagai tempat dendaan murid-muridku telah diblock untuk tujuan pembinaan bangunan prasekolah. Aku terpaksa fikirkan alternatif lain. So, aku arahkan murid yang mahu kudenda pergi berjumpa dengan mana-mana guru dan terima sebarang hukuman daripada mereka.

Aku kena fikirkan alternatif lain lagi.. Hahaha.. Da dapat idea.. jeng jeng jeng.. Siap sedia korang semua..

Antara contoh yang saya telah fikirkan..

Kesimpulannya, hafal la sifir... 1 x 2 = 2, 2 x 2 = 4, ........

Isnin, 9 April 2012

Lalalala....

'Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.' (Monolog Qani'ah Syumaila dalam novel Cinta High Class)

Jumaat, 6 April 2012

Aduhai Sayang

Belum sempat kedua-dua kakiku melangkah masuk ke dalam bilik guru untuk punch card, kedengaran namaku dipanggil oleh salah seorang murid Tahun 2. "Teacher, matematik hari ni satu masa je kan,"bicaranya kepadaku. Aku terkedu seketika... Aduhai sayang, waktu matematik lambat lagi.. selepas rehat.. Belum lagi mula kelas untuk hari ini..

Rabu, 4 April 2012

Lelaki itu...

Seperti kebiasaan aku dan rakan serumahku, setelah penat bershopping,kami akan singgah menjamu selera di sebuah restoran di tengah-tengah bandar. Sementara menunggu makanan yang dipesan sampai, ku lihat seorang lelaki yang pakaiannya agak lusuh dan jalannya agak terhencut-hencut menuju ke arah restoran ini. Samada lelaki itu OKU ataupun sebab-sebab yang lain aku tidak pasti. Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke restoran ini, pandangannya terarah kepada seorang pelanggan lelaki yang sedang enak menjamu selera. "Bang, nak makan bang", rayu lelaki itu kepada pelanggan tadi. Malangnya, rayuannya tidak diendah sedikit pun. Malah, dibalas pula dengan kata-kata yang kurang menyenangkan.

Pandanganku mula tertumpu kepada lelaki malang itu. Hatiku terusik dan mendesak aku menolong lelaki itu. Namun begitu, perasaan takut kepada lelaki itu masih lagi menyelubungiku. Aku hanya seorang perempuan. Perasaan bimbang tetap ada. Alhamdulillah, tiba-tiba muncul seorang hamba Allah yang sudi menghulurkan simpatinya kepada lelaki malang itu. Pelanggan yang sudah kekenyangan tadi masih lagi melemparkan kata-kata sinis. Di sudut hatiku, aku berdoa yang baik-baik untuk lelaki malang itu, Amin..

Realitinya, lelaki tadi sememangnya saudara seagama dengan kita. Tegarkah kita melihat saudara kita kelaparan. 

Kita sebagai manusia kena sedar, bahawa kita dijadikan oleh ALLAH SWT adalah sama dan yang membezakan kita hanyalah amal. Jangan pandang kelemahan orang, jangan banding-bandingkan siapa kita dan siapa mereka. ALLAH SWT tidak memandang putih hitam kulit manusia atau tinggi pendek seseorang itu melainkan hatinya.


Daripada Abu Hurairah r.a Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
"Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi ALLAH melihat kepada hati-hati kamu."
(Riwayat Muslim)


Hati manusia sememangnya lembut dan mudah tersentuh. Jangan sesekali menghina antara satu sama lain kerana kita sesama islam adalah bersaudara .


Daripada Abdullah bin Umar r.a,Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Seorang muslim adalah saudara kepada seorang muslim yang lain; ia tidak menzaliminya dan tidak menghinanya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Doakan yang baik-baik sahaja... Allah SWT Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu.
Siapakah kita untuk menilai orang lain sedangkan kita masih belum pasti apakah kita tergolong di kalangan ahli syurga. 


Selasa, 3 April 2012

Isnin, 2 April 2012

Terharunya..

"Okey murid-murid, esok teacher tak ade kat sekolah...buat latihan yang teacher bagi tu yer," pesanku kepada murid Tahun 2. Secara serentak keempat-empat muridku mengeluh dengan nada yang sedih, "tak best la teacher tak ade esok." Ohh, terharunya aku .. Sayang korang..