Ahad, 19 Februari 2012

Bajet 2012 versi Zarra



JUMLAH PENDAPATAN BULANAN
BAJET

2800
ALIRAN TUNAI SEBENAR
Tolak (-)
SIMPANAN

          Simpanan Tetap (10%)
          Simpanan Dana Kecemasan

  Jumlah selepas ditolak



280
100

2420

Tolak (-)
PERBELANJAAN TETAP BULANAN

          Sewa Rumah
          Ansuran Kereta
          Insurans
          Tabung Haji
          KWSP

  Jumlah perbelanjaan Tetap Bulanan


250
670
118.45
100
308

1446.45

Tolak (-)
PERBELANJAAN BOLEH UBAH BULANAN

          Servis Kereta (jika ada)
          Minyak
          Makan + brg2 keperluan

  Jumlah perbelanjaan Boleh Ubah  Bulanan



200
300
200

700

Tolak (-)
PERBELANJAAN BUDI BICARA BULANAN

          Pakaian
          Mak
  Jumlah perbelanjaan Budi Bicara  Bulanan



50
200
250


+/- PENDAPATAN

LEBIHAN/DEFISIT PENDAPATAN
+SIMPANAN TETAP + DANA KECEMASAN
=LEBIHAN PENDAPATAN


23.55 + 280 +100

= 403.55


Masalah Berat Badan

Dalam masa 4  tahun, berat badan saya sudah naik hampir 10 kg...so worried. huhu

Jumaat, 17 Februari 2012

My Kucing

Hari ini Mek Tam, kucing saya yang comel sudah selamat melahirkan 2 ekor anak. Kedua-dua ekor anaknya berwarna hitam juga. Kucing saya ini asalnya dari sekolah saya di Johor, dan saya bawanya berhijrah ke negeri saya. Jauh juga la jaraknya. Dari sebesar tapak tangan, sudah menjadi seekor ibu.. Tidak sabar rasanya nak melihat anak-anak Mek Tam. Hummmm...(tengah fikirkan nama yang hendak diberi untuk anak-anak Mek Tam)

                                                                          Mek Tam
Nanti saya akan postkan gambar anak-anak Mek Tam pula.

Ayam Masak Black Pepper Cara Zarra

Simple n Mudah...

Bahan-Bahan:

Isi ayam dipotong dadu
Bawang besar, bawang putih, halia (dikisar)
Sedikit minyak untuk menumis
Lada hitam (ditumbuk)
Sedikit tepung jagung (dibancuh dengan air)
Lobak (sayur lain pun boleh)

Cara-cara:

1) Letakkan sedikit minyak ke dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar.
2) Masukkan lada hitam,ayam dan lobak dan kacau sehingga ayam masak.
3) Masukkan sedikit air, dan bancuhan tepung jagung bersama air.
4) Kacau sehingga air kering.
5) Siap.

P/S -Ni cara zarra yang selalu lupa nak ingat resepi (jarang memasak katakan).heheh.

As a teacher

Ramai yang menganggap saya menjadi seorang GURU hanya kerana tiada lagi pekerjaan yang menjamin masa depan (drpd menganggur la). Jujurnya, memang tidak pernah terniat dalam hati ini menjadi guru..semasa bekerja dalam sektor swasta dulu pun, saya gembira dengan kerja saya. Dengan pengalaman bekerja swasta itulah, membentuk diri saya sekarang. Laluan saya ke dalam  bidang perguruan mudah sekali..  Harapan sy kepadaNya agar mengurniakan saya suatu pekerjaan yang dapat menambahkan amal saya yang memang sedia ada 'ciput' ini. Terima kasih kepadaNya kerana makbulkan doa hambaNya yg kerdil ini. Guru bukan hanya suatu pekerjaan, tapi tanggungjawab yang besar untuk mendidik umat di muka bumi ini.. Saya akui saya seorang insan yang lemah daripada pelbagai segi.. Namun begitu, ada pelbagai hikmah disebalik setiap kejadian. Saya berharap tiada seorang pun anak bangsa saya membenci guru mereka sendiri.. guru itu ibarat ibu bapa di sekolah. Sememangnya  guru juga insan biasa. Maafkan mereka sekiranya mereka tersilap atau berkasar dengan anda.Terima mereka seadanya. Sepertimana guru anda menerima diri anda sendiri.InsyaAllah perjalanan hidup anda diberkati olehNya.

Rasulullah

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

p/s- lagu nasyid yang tidak pernah saya lupakan semenjak zaman persekolahan lagi..hayatilah lirik ini..


Selepas 2 tahun menjadi GURU

Pejam celik pejam celik, sudah dua tahun jadi GURU di bumi Johor ini... Banyak perkara yg bleh dikongsi..banyak lg kelemahan daripada kekuatan. Guru bukanlah sesempurna yang digambarkan.. but pengalaman mematangkan guru itu sendiri...

My New Blog

Nice To Meet U