Selasa, 13 Mac 2012

Pasar Besar Kedai Payang

Sudah agak lama saya tidak berkunjung ke Pasar Payang di Kuala Terengganu. Seingat saya, saya selalu berkunjung ke sana semasa belajar di sekolah berasrama di sana. Pada masa tu, Pasar Payang tidaklah semeriah sekarang.

Saya berkesempatan berkunjung ke sana hanya untuk membelikan sampin songket yang dikirim oleh rakan saya. Dua kali pusing baru la dapat parking kereta. Itu pun jaraknya agak jauh dan memakan masa 5 minit berjalan kaki. 

Risau jugak la semasa memilih sampin songket ni memandangkan harga yang dikenakan oleh peniaga di sini agak keterlaluan. So, saya bercadang membeli sampin songket ni dengan peniaga yang mempunyai banyak stok songket. Mudah untuk memilih dan harganya munasabah. Dapat la beli dengan harga RM 240 dan kualitinya agak bagus. Saya sudah survey dengan peniaga yang lain, semuanya meletakkan harga dalam RM 500 ke atas. Memang agak melampau.. Nasib baik la ibu saya pandai dalam bab tawar menawar ni.. Dalam duk pusing-pusing pasar ni, saya ternampak periuk kukus 2 tingkat..Sesuai untuk orang bujang cam saya ni. Harganya dalam RM 22..Mak saya survey dengan peniaga lain dan akhirnya dapat la dalam RM 15. Ni la yang untungnya bila bawa orang lama bershopping... Banyak yang berkenan di hati ni, tapi perlu berhati-hati semasa membeli bimbang ditipu oleh peniaga-peniaga yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata...

Apapun, pengalaman bershopping di Pasar Payang ini amat menyeronokkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan