Jumaat, 14 September 2012

Hidup Mesti Diteruskan..

Salam..

Da lame aku tak berblogging nih.. Jari ini terasa janggal untuk menaip..
Alhamdulillah sudah selesai UPSR yg agak mengerikan buat anak2 muridku. Walaupun aku tidak mengajar mereka, namun bahangnya tetap terasa memandangkan sy yang menguruskan semuanya. Di sini, aku dapat membuat beberapa pemerhatian tentang nasib anak melayu pada masa akan datang. UPSR ini sebenarnya bukan sahaja mengukur pencapaian murid itu, namun mencerminkan keprihatinan ibu bapa terhadap masa depan anak-anak mereka. Melayu itu akan layu jika ibu bapa menyerahkan anak mereka bulat-bulat kepada sekolah. Tanpa sebarang suntikan ajaib daripada ibu bapa itu sendiri, bagaimana anak-anak akan mencipta sejarah diri mereka. Aku tidak mahu melihat anak-anak ini hanyut dibuai arus kemodenan yang penuh dengan nanah-nanah hitam yang akhirnya merosakkan bangsa melayu itu sendiri.


Hidup ini perlu diteruskan.. Kita menjadikan sejarah lalu sebagai guru kita. Dengan harapan kita tidak mahu mengulanginya lagi. Bukan kita angkuh, namun kita perlu berjaga-jaga. Hati manusia memang sangat sukar untuk ditafsirkan. Kadang-kadang, mulut mengeluarkan kata-kata terlebih dahulu, baru akal memproseskan kata-kata itu. Akhirnya ada insan yang hatinya terluka. FB bukan tempat untuk insan seperti aku. Kerana aku bukan seorang yang suka meluahkan sesuatu dengan kata-kata. Bukan sombong atau perasan bagus, namun aku banyak memikirkan baik dan buruknya kata-kataku. Agak susah untuk aku meng'update' status kerana setiap kali aku menaip, pasti akan ku padam semula. Aku bukan buta IT, aku hanya aku.


Kisah yang lain.. JODOH..  persoalan yang agak sinonim dengan aku. Raya kali ini, acapkali persoalan ini diajukan oleh saudara mara. Namun aku langsung tidak melatah. Kerana aku ada tuhanku,  yang akan membimbingku ke arah jodoh yang tepat untuk diriku. Aku tidak perlukan lelaki yang hanya mementingkan diri sendiri. Yang memaksa aku membelakangkan keluargaku. Apapun, hidup ini perlu diteruskan. Cinta Ilahi akan tetap kukejar sampai mati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan